Setiap malam, Anne setia menghantar mesej ke nombor Andrew untuk berkongsi cerita tentang kedai bunga impiannya yang kini menjadi kenyataan. Namun, dunianya terhenti seketika apabila mesej itu tiba-tiba berbalas tepat pada malam dia mula bercerita tentang Kaellian, seorang pelanggan tetap yang rajin belajar menjaga bunga selepas kehilangan ibunya.
Ketika Kaellian perlahan-lahan mula mengisi ruang kosong di hati Anne, balasan daripada Andrew pula semakin kerap muncul seakan-akan tahu bila waktu terbaik untuk hadir.
Jika benar Andrew sudah tiada seperti yang diperkatakan semua orang, siapakah gerangan yang membalas mesej-mesejnya selama ini? Dan jika lelaki itu sebenarnya masih hidup, mengapa hati Anne perlu keliru untuk memilih sedangkan Andrew ialah lelaki yang sentiasa dirindui dan dinantikannya setiap hari?





Reviews
There are no reviews yet.