Menjelang pagi, Bandung bertukar menjadi kota yang suram dan berbahaya. Bagi Dipha, seorang pemuda jalanan yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup, kota itu tiada indahnya, sehinggalah dia bertemu dengan Vinda, gadis misterius yang mendesak mahu dicarikan tempat tinggal.
Takdir mempertemukan mereka apabila Vinda akhirnya menyewa di rumah petak tepat berhadapan dengan bilik Dipha. Di celah-celah lorong dan jalan ikonik Bandung, perbezaan antara Vinda yang mencintai kota itu dan Dipha yang mengenali kebobrokannya perlahan-lahan memutikkan rasa cinta. Namun mereka terlupa satu hakikat; buah tangan paling ikonik dari Kota Bandung sebenarnya ialah patah hati.





Reviews
There are no reviews yet.