“Kezaliman wujud bukan kerana orang baik telah pupus, tetapi kerana mereka memilih untuk berdiam diri dan membisu.”
Berpegang pada prinsip itu, Hayden Fayyad dan Mikayla Ayaz yang baru ditabalkan sebagai Kaisar dan Kaisarah Obsidia nekad merombak sistem kotor yang sekian lama dikuasai mafia elit, ahli politik korup, serta penunggang agama. Namun, perjuangan membela golongan tertindas itu mengundang ancaman maut daripada keluarga Kaizen dan Draco.
Di saat genting menanti kelahiran pewaris takhta sulung mereka, Hayden kini berdepan pertarungan paling kritikal demi menyelamatkan Obsidia dan mempertahankan nyawa keluarganya daripada musuh yang sedang merancang sebuah kudeta.












Reviews
There are no reviews yet.