Bagi Kael Sebastian, cinta pandang pertama bukanlah sekadar mitos. Sejak kali pertama bertentang mata, Iris Amara Putri; gadis penghias majalah yang sentiasa menjadi perhatian ramai yang berjaya mencuri hatinya. Demi memikat Iris, Kael sanggup melakukan apa sahaja, malah memanfaatkan kedudukannya sebagai ketua pasukan bola keranjang.
Namun, soal perasaan tidak pernah semudah yang disangka. Mampukah segala usaha Kael membuatkan Iris membalas cintanya?





Reviews
There are no reviews yet.