Ada fasa dalam hidup apabila kita penat berharap pada manusia yang sukar dijangka dan ada malam yang terasa terlalu panjang kerana dihantui kenangan seseorang yang pergi tanpa alasan. Menerusi bait puisi yang santai tetapi dekat dengan realiti, buku ini menemani setiap fasa pemulihan; daripada saat belajar menjaga hati sendiri, hinggalah kembali mengumpul kekuatan untuk bangkit semula.
Menghimpunkan dua karya terlaris JIWA, iaitu Teruntuk Langit Yang Bercanda dan Memasang Sayap Yang Patah, dalam satu edisi istimewa, Buku Puisi JIWA hadir sebagai ruang tenang buat jiwa yang rapuh. Ia menjadi teman bacaan yang mengajak kita merawat luka silam dan bersedia untuk terbang semula menyapa hari esok.





Reviews
There are no reviews yet.